dua-dua | dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata dua | tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua | (jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1 dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah; 2 perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua: Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1 mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2 membahagi dua (hasil, untung dll). memperduakan menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. perduaan berdasarkan atau ditandai dua benda atau dua bahagian. pendua 1 sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. 2 salinan atau sesuatu yg dibuat serupa dgn yg asal. kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dsb dgn menggunakan sj alat. mesin ~ mesin utk membuat salinan surat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua puluh | 20 | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua kali lima | sama saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua sejoli | sepasang kekasih yg sangat rapat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua serangkai | dua orang yg terlalu rapat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua sejoli | dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua (tiga, empat) kali ganda | dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
(dua) kalimah syahadat | pengakuan atau keyakinan Islam yg dua (Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad ialah Rasul Allah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |