Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
andakata ganti nama diri kedua; engkau; kamu.Kamus Pelajar
awak1. tubuh; badan: ~ sakit, badan menimbun. 2. bp kata ganti nama diri kedua; kamu. 3. orang yg menjadi petugas dlm kapal dll; anak kapal. berawak 1. menggunakan atau menyebut awak sbg kata ganti diri kedua: Apabila bercakap dgn orang-orang tua, tidak baik kita ~ beraku. 2. mempunyai anak buah atau petugas dlm kapal dll. perawakan bentuk tubuh; susuk badan: Ia mempunyai ~ yg tegap sasa. berperawakan mempunyai susuk badan atau bentuk tubuh.Kamus Pelajar
ia Ikata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor.Kamus Pelajar
tuan3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg dilawan bercakap: ~ hendak ke mana? Kamus Pelajar
tuankuyg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan.Kamus Pelajar
nya1 kata ganti diri ketiga yg ditulis serangkai dgn kata yg mendahuluinya: Nama~ Ali. 2kata utk menguatkan maksud: Pd esok hari~ maka baginda pun berangkatlah.Kamus Pelajar
ganti1. sesuatu yg digunakan sbg penukar benda yg hilang atau yg tidak ada: Gunakan magnet berbentuk U atau berbentuk ladam sbg ~ magnet batang dan kemudian lukis medan magnetnya. 2. = pengganti orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. ~ nama kata yg digunakan utk membahasakan diri seseorang (spt aku, engkau, ia dll). ~ rugi wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. berganti 1. berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2. bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. berganti-ganti bertukar berturut-turut satu per satu; selalu berganti; bergilir-gilir: Anak dan isteri mereka ~ pergi ke ladang menolong menghalau burung. mengganti 1. menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2. memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3. mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? menggantikan membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. pergantian keadaan atau hal berganti (bertukar); pertukaran; perubahan: Di kawasan khatulistiwa, ~ malam dan siang adalah satu kejadian yg berlaku pd setiap hari. penggantian perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. pengganti 1. apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2. orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya?Kamus Pelajar
kata1. bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa):Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2. apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap:~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja dll). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara, antarabangsa dsb. ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti diri utk menunjukkan orang misalnya dia, saya dll; ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar dsb). ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata, frasa atau ayat spt atau, dan, tetapi dsb. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang (penyerta) kata (spt si, sang dsb) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi kata yg merangkaikan kata nama, frasa dsb spt dr, di, ke dll. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, wah dsb. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ ulang (berulang) kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang dll). berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1. memberitahukan; menceritakan:Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2. mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan:Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3. menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1. berkata ttg sesuatu; mempercakapkan:Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2. menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan:Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1. kumpulan kata; kata. 2. apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1. sama bunyinya. 2. tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat.Kamus Pelajar

Kembali ke atas