baring | ; berbaring 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang: membaca buku sambil ~ di atas sofa; ~ mengiring berbaring dgn sisi tubuh kena pd lantai dsb; 2. = berbaring-baring merebahkan badan spt keadaan ketika tidur (utk merehat-rehatkan badan): selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya;bersebaringan berbaring bersama-sama di tempat yg sama;membaringkan meletakkan badan dlm keadaan berbaring: perempuan itu ~ anaknya di atas tikar;terbaring terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan;perbaringan tempat berbaring (spt katil, pangkin, tilam, dsb): ketika itu aku di ~ kerana diserang demam kepialu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbaring | 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang: membaca buku sambil ~ di atas sofa; ~ mengiring berbaring dgn sisi tubuh kena pd lantai dsb; 2. = berbaring-baring merebahkan badan spt keadaan ketika tidur (utk merehat-rehatkan badan): selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meja | (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |