hedonistik | (hédonistik) bersifat mementingkan keseronokan: kelas pertengahan yg bersifat ~.hegeh (hégéh); terhegeh-hegeh 1. menginding-nginding, menonjol-nonjolkan diri: kalau orang tak sukakan kau, kenapa kau masih ~ tinggal dgn orang; 2. tidak kemas (berbuat sesuatu), terkedek-kedek (berjalan, berlari, dll): ia melangkah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
si upik | panggilan kpd anak perempuan: hai ~, baru kelmarin kau memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upik | Mn = si ~ panggilan kpd anak perempuan: hai ~, baru kelmarin kau memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya; si ~ jantan perempuan yg berkelakuan spt lelaki; belum tentu si ~ si buyungnya prb belum tentu keputusan (kesudahan) sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa I | 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat kerugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolongmenolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagaimana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ sesuatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percaya akan (kpd) | yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kau | kep engkau (digunakan sbg awalan yg terikat dgn kata kerja pasif): ~bacalah buku ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kau orang | bp kamu sekalian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kau | singkatan bagi engkau; ~ orang bp kamu sekalian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kau | kep engkau (digunakan sbg awalan yg terikat dgn kata kerja pasif): ~bacalah buku ini. | Kamus Pelajar |
patriotik | bersifat patriot: kau sudah mempunyai satu sikap yg ~, kau berani dan tegas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |