luas | 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tropika | = kawasan ~ kawasan yg letaknya berhampiran dgn garisan Khatulistiwa (antara garisan Jadi dan garisan Sartan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membalak | bekerja menghasilkan balak di kawasan-kawasan tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
polis hutan | pasukan polis yg menjaga keselamatan di kawasan-kawasan hutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menenggelami | 1. membanjiri atau menggenangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminggiri | memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rizab | disimpan atau dikhaskan utk golongan atau utk tujuan tertentu: hutan ~ hutan simpan; kawasan ~ kawasan yg dikhaskan utk golongan atau utk tujuan tertentu. merizabkan mengekhaskan utk golongan atau utk tujuan tertentu: Kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas seribu ekar utk projek itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperpanjang | menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polis | sebuah badan kerajaan serta anggotanya, yg bertanggungjawab menjaga keamanan negara (mencegah berlakunya jenayah dll). ~ hutan pasukan polis yg menjaga keselamatan di kawasan-kawasan hutan. ~ khas pasukan polis tambahan utk menjaga kawasan perusahaan pd zaman darurat dahulu. ~ lalu lintas polis yg mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas. ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut. ~ rahsia pasukan polis yg bertugas mencari rahsia. ~ simpanan khas pasukan polis yg bertugas mencegah rusuhan. ~ tentera anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
redang | (rédang) ark paya (rawa, rawang) yg dalam; paya dan ~ bermacam-macam tanah paya; ~ bakau paya yg ditumbuhi bakau; kawasan ~ kawasan atau daerah yg berpaya-paya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |