Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu-kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gaharu, = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rulbp; kayu ~ kayu pembaris (penggaris).Kamus Dewan Edisi Keempat
terpacak1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
riding1. sl sj jaring besar (utk menangkap kijang dll); 2. sl kayu-kayu kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dll: maka diintai oleh Badang dr balik ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
silang1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gabus1 = kayu ~ kayu yg ringan dan lembut biasanya digunakan utk mengasah pisau dsb. 2 kayu atau hati kayu yg lembut dan digunakan sbg sumbat botol. 3 lapisan sel pelindung yg menggantikan lapisan epidermis pd tumbuh-tumbuhan yg telah matang. menggabus mengasah atau menggosok dgn kayu gabus: ~ pisau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepas Isj anyaman drpd bilah-bilah buluh utk dinding rumah dll, sasak: surau yg didirikan drpd kayu-kayu bulat, berdindingkan ~ dan beratapkan daun rumbia; penuh ~ sangat penuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
skala1. tanda-tanda yg terdapat pd alat peng­ukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Rich­ter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala.Kamus Dewan Edisi Keempat
skala1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan se­suatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pacak1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk (spt lidi sate). 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas