Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(314)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
susup; ~-sasap ke sana ke mari dgn cepat (utk menyorok dsb):Tikus itu lari ~-sasap dikejar kucing. menyusup 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. menyusupi menyusup ke; masuk ke dlm secara diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan itu. menyusupkan 1 memasukkan sesuatu ke bawah atau ke celah sesuatu: Ketika hendak tidur, dia ~ jam tangannya ke bawah bantal. 2 membawa masuk sesuatu secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; menyeludupkan: Dlm kesibukan itu, mereka ~ kami ke tempat yg selamat. penyusupan perbuatan (hal dsb) me­nyusup atau menyusupkan. penyusup orang yg masuk secara diam-diam; penyeludup: Pasukan polis laut telah berjaya menangkap kedua-dua ~ itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pulangpergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ modal (pokok) mendapat modal kembali, tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. kepulangan perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sungaialiran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuju I1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. menujukan 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; men­cocokkan. persetujuan 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggang Iterbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menuju1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
segah1 sesak dlm perut kerana ke­ke­nyangan dll; senak. 2 terlalu penuh berisi (bkn karung, kantung dsb). 3 ist penuh atau tegang (bkn sel tum­buh-tumbuhan, salur darah dsb yg disebabkan oleh kandungan cecair tertentu). kesegahan keadaan segah; rasa segah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terajangtendangan ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki. menerajang me­nendang ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki: Dia ~ perompak itu dgn kaki kanannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sinikata yg menunjukkan tempat yg dekat dgn orang yg bercakap: Dr sana ke ~. di ~ di tempat ini: Setem ada dijual di ~. ke ~ ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpulang ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa)meninggal dunia; mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas