kesetimbangan | 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertindanan | 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagianÂnya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keserabutan | 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekurangan | 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
darurat | 1 keadaan susah yg datang dgn tidak disangka-sangka; keadaan yg menyusahkan: Ketika berlaku ~ begini, barulah orang teringat akan Tuhan. 2 keadaan yg serba sulit kerana peperangan dll: undang-undang ~ undang-undang yg dibuat dan dijalankan pd masa darurat. mendaruratkan menyebabkan (menimbulkan) darurat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelicinan | 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keterlaluan | 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keributan | 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebogelan | 1 keadaan bogel. 2 dlm keadaan bogel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huru-hara | 1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |