kecemasan | 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembahyang khauf | sembahyang yg didirikan dlm keadaan bahaya spt peperangan (sebelum pertempuran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khauf | Ar ketakutan; sembahyang ~ sembahyang yg didirikan dlm keadaan bahaya spt peperangan (sebelum pertempuran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecemasan | 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecemasan | 1. keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2. keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. | Kamus Pelajar |
cemas | 1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampirhampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur; bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang); mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membimbangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; tercemas gelisah, bimbang, khuatir; kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemas | 1 = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cemas | 1. = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1. keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2. keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. | Kamus Pelajar |
terancam | berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahaya | sesuatu yg (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dll): dlm nahas kereta itu, ia sendiri yg terlepas drpd ~;~ api = ~ kebakaran bencana yg boleh disebabkan oleh api; ~ bencana berbagai-bagai bencana; ~ kelaparan sesuatu yg boleh menyebabkan kelaparan; ~ maut sesuatu yg menyebabkan mati; ~ rugi kemungkinan rugi; menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yg sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya; berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~;keberbahayaan perihal atau keadaan yg berbahaya: ~ itu tersembunyi dlm pembinaan tamadun Barat;membahayakan mendatangkan bahaya: di bandar itu ada tempat yg ~, tempat banyak orang kena rompak; merokok ~ kesihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |