kebisaan | kesanggupan, kecekapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebisaan | kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa II | Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa I | 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |