kebomohan | perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bomoh | tabib yg mengubati orang sakit dgn menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun; ~ mencari orang sakit prb orang yg menawarkan diri dgn tidak diminta; berbomoh menggunakan khidmat bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb;berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb: ada yg sampai ~ utk menundukkan lawannya; kebomohan perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; perbomohan yg berkaitan dgn bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dsb): kepercayaan warisan spt magis dan ~; memperoleh kepakaran dlm ilmu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |