keborosan | keadaan boros, sifat boros; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keroyalan | perihal royal, keborosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
royal | IB berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap, dll), serba banyak, serba mewah, boros: dilarang bakhil, dilarang pula ~, dan membuang-buang harta; beroyal-royal membuang-buang (menghabiskan, membelanjakan) wang dgn berlebih-lebihan utk bersuka-suka (berfoya-foya dll): kerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~; meroyalkan memboroskan wang dll; keroyalan perihal royal, keborosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
boros | 1. terbuka, terurai, lepas (tali yg diikatkan); 2. tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barangbarang berlebih-lebih: ia hidup terlalu joli dan ~; kalau ~ lekas kerugian prb orang yg boros itu akhirnya beroleh kesusahan; berboros berlaku boros: mereka menjaga diri drpd ~ atau berhutang;memboroskan mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dll berlebih-lebihan (dgn cara yg membazir): ia banyak ~ harta bapanya;keborosan keadaan boros, sifat boros; pemborosan perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dll);pemboros orang yg boros atau bertabiat boros. | Kamus Dewan Edisi Keempat |