kesungguhan | perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekad | (tékad) kemahuan yg sungguh-sungguh (utk mencapai sesuatu), kepercayaan yg sungguh-sungguh, kebulatan hati: bulatlah sudah ~ nya utk ke luar negeri; memasang ~ Id bernazar, berkaul, berniat; membulatkan ~ menetapkan kemahuan (utk berbuat sesuatu); bertekad bermaksud, berazam, berniat; ketekadan kesungguhan (hati): ~ utk ber-satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungguh | 1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya: ~ ada bapamu meninggalkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu pengakuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membenarkan, mengesahkan: sekalian yg mendengar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggal | 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulat | 1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggal | 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |