kebun bunga | kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taman sari | kebun bunga (tempat bersenang-senang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bustan | sl kebun bunga, taman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun bunga | taman bunga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berehat | melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berenak-enak | bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman | 1 kebun yg ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan; kebun bunga. 2 ki tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. ~ bacaan a. ruang atau rumah tempat membaca buku. b. = ~ pustaka bilik atau bangunan tempat buku-buku bacaan dikumpulkan dan disimpan; perpustakaan. ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk tujuan penyelidikan, utk dipamerkan kpd orang ramai bagi tujuan pemelajaran, dsb. ~ didikan (bimbingan) kanak-kanak tempat mendidik kanak-kanak (biasanya yg berumur antara empat hingga enam tahun). ~ hiburan tempat orang pergi bersuka ria. ~ hutan ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. pertamanan hal yg berkaitan dgn taman; urusan menyelenggarakan taman: Usaha ditumpukan pd penghijauan dan ~ di kawasan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taman | 1 kebun yg ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan; kebun bunga. | Kamus Pelajar |
rehat | (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk bersenang-senang melepas-kan lelah; berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun bekerja tetapi bagaikan ~ fikiran; kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® istirahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |