kecacatan | perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindrom Down | kecacatan sejak lahir yg disebabkan oleh kerosakan pd kromosom, yg dicirikan oleh daya berfikir yg lembap dan keadaan fizikal yg tidak normal (spt kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemik, serta tangan dan kaki yg pendek). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spastik | bkn kecacatan anggota akibat kekejangan otot hingga menyebabkan sesetengah bahagian tubuh pesakit tidak boleh bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mikropsia | (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan sesuatu objek kelihatan lebih kecil drpd keadaannya yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miopia | (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan objek jauh tidak dapat dilihat dgn jelas, rabun jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diplopia | (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan satu objek dilihat berganda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apodia | (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan dgn ketiadaan kaki (sebelah atau kedua-duanya sekali). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindrom Down | (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan oleh kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemek, tangan dan kaki yg pendek dan daya berfikir yg lembap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kretinisme | (krétinisme) (Ubat) kecacatan fizikal dan keterencatan akal seseorang yg berlaku sejak lahir akibat drpd kekurangan hormon tiroid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelipan(blinking) | 1. Kecacatan unit paparan yang menyebabkan imej paparan berkelip-kelip. 2. Ciri grafik komputer yang membolehkan objek atau teks dikelip-kelipkan. 3. Ciri kursor yang berkelip-kelip untuk menarik perhatian pengguna pada kedudukannya. | Kamus Komputer |