Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.pi.kan]/[ke.ca.pi/.kan] | کچاڤيقن

Definisi : perihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecapikan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecapikanperihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketempangan1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musyawarah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
capik1. tempang kakinya atau jalannya (ke­rana cacat kaki); 2. lumpuh (bkn kaki dan tangan); mencapikkan menyebabkan capik: kemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya; tercapik-capik (berjalan, berlari, dsb) dgn incang-incut (spt orang yg capik kakinya), tertempang-tempang: dia berjalan ~ selepas tersepak batu itu; kecapikan perihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempang(témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (per­jalan­an­nya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsa­raan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas