kecekapan | 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecekapan | 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepantasan membuat sesuatu (berfikir dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecekapan(efficiency) | Keberkesanan penggunaan sumber bagi menghasilkan sejumlah output. | Kamus Komputer |
kecekapan | 1. kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2. keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. | Kamus Pelajar |
keterampilan | keadaan atau sifat terampil; kecekapan; kemampuan (yg tinggi): Kursus utk meningkatan ~ dan kecekapan kakitangan juga diadakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akrobatik | 1 berkaitan dgn ketangkasan atau kecekapan seseorang akrobat: aksi ~. 2 sebarang kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kecekapan spt akrobat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecakapan | 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akrobatik | 1. hal yg berkaitan dgn ketangkasan atau kecekapan seseorang akrobat. 2. sebarang kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kecekapan spt akrobat. | Kamus Pelajar |
kaliber | 1. besarnya lubang senapang (meriam, pistol) atau besarnya peluru; 2. kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dll: yg menentukan kalah menangnya parti itu dlm pilihan raya ini kelak ialah ~ calon-calonnya yg bertanding; berkaliber mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dll): wartawan-wartawan yg ~ lagi bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni II | 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |