kecelaan | 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keaiban | cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenistaan | perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketewasan | 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertuna | 1. kena luka, mendapat luka: ia berasa tertikam dan ~; 2. ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dll), menderita (kerana sesuatu yg tidak menyenangkan): banyak antara mereka yg ~ rindu dan renjana, kerana perwira yg muda belia ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stigma | 1. (Bio) bahagian hujung benang sari yg menerima debunga (tepung sari); 2. sifat atau sesuatu yg menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban: wanita kita juga tidak menghadapi ~ sosial seburuk yg dihadapi wanita banyak negara lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuna I | sl luka, cacat, rosak; tertuna 1. kena luka, mendapat luka: ia berasa tertikam dan ~; 2. ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dll), menderita (kerana sesuatu yg tidak menyenangkan): banyak antara mereka yg ~ rindu dan renjana, kerana perwira yg muda belia ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cela | 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aib | 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tewas | (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, kekurangan (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |