kecocokan | keadaan atau hal cocok; kesesuaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecocokan | perihal cocok, kesesuaian, kesamaan: perkenalan yg sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dgn gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecocokan | keadaan atau hal cocok; kesesuaian. | Kamus Pelajar |
perpaduan | 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepatutan | 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paduan | 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemaduan | 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persetujuan | 1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cocok | 1 kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2 sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3 tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4 serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5 betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocokkan menjadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cocok | 1. kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2. sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3. tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4. serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5. betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocokkan menjadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian. | Kamus Pelajar |