segala | 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, sekalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn sekehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dato’ | gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Sri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecuali | 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecuali | 1. tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan:Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2. yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1. ada kecualinya. 2. tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah:Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. | Kamus Pelajar |
kecuali | 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasaan, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melainkan | 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengecualikan | menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selain | 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enggan jikalau | sl kecuali (melainkan, jika tidak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bighair | Ar ark kecuali, lain drpd; ghair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |