kecundang | , = terkecundang tewas atau kalah (dlm perlawanan dsb); tidak menang: Akhirnya ~ juga pihak lawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecundang II | Mn hasutan; ®cundang II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecundang | = terkecundang tewas atau kalah (dlm perlawanan dsb); tidak menang:Akhirnya ~ juga pihak lawan. | Kamus Pelajar |
kecundang I | gagal, kalah, tewas (dlm pertarungan, perlawanan), gagal: sekali ini aku terkecundang betul-betul; konsep MAPHILINDO yg menggabungkan tiga negara itu telah ~ akibat politik semasa; kekecundangan keadaan kecundang: semoga hari-hari esok yg bakal kulalui dapat mene-bus ketewasan dan ~ hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekecundangan | keadaan kecundang: semoga hari-hari esok yg bakal kulalui dapat mene-bus ketewasan dan ~ hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencundangi | menawan: beruang, singa, beruk, dan hantu semuanya boleh kucundangi; ®kecundang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencundang | menawan: beruang, singa, beruk, dan hantu semuanya boleh kucundangi; ®kecundang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepantas-pantas | biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cundang I | ; mencundang, mencundangi menawan: beruang, singa, beruk, dan hantu semuanya boleh kucundangi; ®kecundang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantas I | 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |