kediktatoran | sifat (sikap) sbg diktator: Beliau tidak disukai kerana ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kediktatoran | 1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kediktatoran | sifat (sikap) sbg diktator: ~ seseorang itu berubah-ubah dr zaman ke zaman apabila bilangan penduduk bertambah. | Kamus Pelajar |
diktator | orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas. kediktatoran sifat (sikap) sbg diktator: Beliau tidak disukai kerana ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diktator | orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas. kediktatoran sifat (sikap) sbg diktator: ~ seseorang itu berubah-ubah dr zaman ke zaman apabila bilangan penduduk bertambah. | Kamus Pelajar |
diktator | pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim: rakyat negara yg diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi; kediktatoran 1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |