mercu | 1 bahagian yg tertinggi; puncak: ~ gunung puncak gunung. 2 bahagian bangunan yg tertinggi (spt di masjid); menara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laksamana | 1 gelaran yg tertinggi dlm angkatan laut; raja laut: ~ Hang Tuah. 2 pangkat yg tertinggi dlm angkatan laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puncak | 1 bahagian yg tertinggi pd sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yg tertinggi (harga, jawatan dll): Dlm masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empayar | /émpayar/ 1 kumpulan negeri yg diperintah oleh suatu kerajaan yg tertinggi dan berdaulat; negara yg diketuai oleh seorang maharaja. 2 kerajaan yg tertinggi dan berdaulat yg menguasi kawasan yg luas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daulat | 1 bahagia; kebahagiaan (pd raja yg memerintah). 2 benar; ya (digunakan utk raja). 3 kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan). ~ tuanku a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. berdaulat 1 mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Malaysia merupakan negara yg ~. 2 bertuah; berbahagia. mendaulatkan menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). kedaulatan kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. pendaulatan perbuatan mendaulatkan: ~ undang-undang. pendaulat orang atau pihak yg mendaulatkan seseorang atau sesuatu: Mereka dianggap sbg ~ demokrasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampuk | 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pemimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pucuk pimpinan | pemimpin tertinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mahaguru | guru yg tertinggi di universiti; profesor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampuk pimpinan | pemimpin yg tertinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
direktor | /diréktor/ ketua tertinggi dlm sesuatu badan atau perusahaan; pengarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |