Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dua.dua] | کدوا - دوا

Definisi : kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua-dua

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
raup; meraup 1 merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sehingga merupakan pencedok. 2 mengaut atau mencedok dgn kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. seraup sebanyak yg dpt ditampung oleh kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tangkupsetangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun me­niarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, ter­tiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, ter­lentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara).Kamus Dewan Edisi Keempat
unjur I; mengunjur duduk atau berbaring dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; berlunjur: Dia ~ di kaki lima. mengunjurkan meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. terunjur kedua-dua belah kaki diluruskan sewaktu duduk atau berbaring. unjuran tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
depang; mendepang 1 (dlm keadaan) kedua-dua belah tangan terentang ke kanan dan ke kiri. 2 merentang atau menghalang dgn kedua-dua belah tangan direntangkan ke kanan dan ke kiri. mendepangkan; ~ tangan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri. terdepang terentang ke kanan dan ke kiri (bkn tangan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepuk1 perbuatan menamparkan ke­­dua-dua tapak tangan supaya ber­bunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak ta­ngan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
timbaltimbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbal balika) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengunjurkan1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005;Kamus Dewan Edisi Keempat
tepuk tangantamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi; bertepuk tangan mengadakan bunyi dgn menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dll): kanak-kanak boleh disuruh ~ atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepuk I1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas