krep | (krép) (Tks) sj kain nipis drpd sutera, kapas atau benang bulu yg permukaannya berkedut-kedut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerunyut | Mn kedut, kerut; berkerunyut berkedut(-kedut), kerepot, lisut (bkn kulit); mengerunyutkan merenyukkan: dia ~ akhbar di tangannya; terkerunyut gumal (bkn kain dll), renyuk, berkedut(-kedut); kerunyutan keadaan kerunyut, kekedutan: tulang tua yg hanya dibaluti oleh kulit-kulit yg lembik, kendur penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerepot | (kerépot) berkedut-kedut, berkerut-kerut; mengerepotkan menjadikan sesuatu berkerepot: garis-garis kedut yg ~ muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut | , = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedut | = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). <i>(penyakit) ~ dauni> penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut:<i>Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu.i> mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. | Kamus Pelajar |
ketak | 1. kedut atau kerut pd dahi, kulit dll. 2. bahagian badan lipan dll yg bergelang-gelang. berketak 1. berkedut-kedut (spt kulit pd leher dll). 2. berombak-ombak (ttg rambut dll); beralun-alun. | Kamus Pelajar |
ketak | 1 bahagian rambut yg berombak-ombak atau beralun-alun; keriting. 2 kedut atau kerut pd dahi, kulit dll. 3 bahagian badan lipan dll yg bergelang-gelang. berketak 1 berombak-ombak (ttg rambut dll); beralun-alun; berkeriting. 2 berkedut-kedut (spt kulit pd leher). mengetakkan menjadikan berketak: ~ rambut mengeritingkan rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerut I | 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut III | Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut II | ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |