kegembiraan | hal atau keadaan gembira; rasa gembira. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegembiraan | keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegembiraan | hal atau keadaan gembira; rasa gembira. | Kamus Pelajar |
gembira | 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka duka | kegembiraan dan kesedihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemeriahan | keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangat dingin | kegembiraan dan kesusahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegemaran | kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keriaan | perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keriangan hati | perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |