kegemilangan | 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegemilangan | keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegemilangan | 1. keadaan bercahaya terang-benderang. 2. ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. | Kamus Pelajar |
kecemerlangan | ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecemerlangan | hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecemerlangan | hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. | Kamus Pelajar |
lampau | lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lampau | lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. | Kamus Pelajar |
lampau | lalu; lepas:Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1. melebihi sesuatu peringkat atau had:Kelakuannya sudah ~ batas. 2. lalu di; melintasi:Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. | Kamus Pelajar |
keunikan | perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |