Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegemparan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gemparheboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kegemparan1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gara-gara1. bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan: drpd ~ serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti membuat lubang perlindungan; 2. akibat drpd: ~ judi ini ia jadi melarat.Kamus Dewan Edisi Keempat
keributan1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keributan1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, ke­kecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;Kamus Dewan Edisi Keempat
sensasi/sénsasi/ 1 sesuatu kejadian, keadaan dsb yg menggemparkan atau yg menarik perhatian ramai, me­nimbulkan rasa ingin tahu dsb: Kisah itu menjadi satu ~ dan ramai yg memperkatakannya. 2 dpt menimbulkan kegemparan, menarik perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu dsb: Berita yg ~ itu tersiar dlm beberapa buah majalah dan menjadi tajuk perbualan. mensensasikan menjadikan, menyiar­kan dsb sesuatu (berita, kisah dll) dlm bentuk sensasi: Akhbar memang pandai ~ berita-berita begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sensasi(sénsasi) 1. sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg mem­bangkit-kan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb): ~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkan-nya ke seluruh masyarakat; 2. menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll): berita-berita itu kebanyakan-nya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yg ingin menyiarkan berita-berita ~; mensensasikan menyebabkan sesuatu per-kara (keadaan, peristiwa dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi: akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribut II1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyembah1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi;Kamus Dewan Edisi Keempat
geger(gégér) 1. gempar, hingar bingar, huru-hara; 2. Kl, Tr bising; jangan ~ jangan bising; bergeger bergentar, bergegar, bergema;menggeger menjadi geger (gempar, huru-hara, dll);menggegerkan menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau: penembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;gegeran bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar: tak lama lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap pula;kegegeran perihal geger, kehebohan, kegemparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas