kegentaran | 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegentaran | 1. perihal gentar; 2. ketakutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegentaran | 1. keadaan bergentar. 2. berperasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. | Kamus Pelajar |
gentar | 1 gerakan berulang-ulang dgn cepat, spt tali gitar yg dipetik; getar. 2 ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1 menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2 ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. penggentar 1 sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2 orang yg bersifat gentar; penakut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gentar | 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh; bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan; menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung; gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom; kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan; penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll); penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentar | 1. gerakan berulang-ulang dgn cepat spt tali gitar yg dipetik; getar. 2. ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1. menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2. ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1. keadaan bergentar. 2. berperasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. penggentar 1. sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2. orang yg bersifat gentar; penakut. | Kamus Pelajar |