keghaiban | hal atau keadaan ghaib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keghaiban | perihal atau keadaan ghaib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keghaiban | hal atau keadaan ghaib. | Kamus Pelajar |
kerahsiaan | perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1 tidak dpt dilihat; tersembunyi: Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2 tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3 tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib: Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ghaib | 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1. tidak dpt dilihat; tersembunyi:Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2. tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3. tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib:Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. | Kamus Pelajar |
rahsia | 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu menceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak diketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urusan pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (memberitahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pendiam dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |