keghairahan | keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keghairahan | 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keghairahan | keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. | Kamus Pelajar |
keberahian | perihal berahi, keghairahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambisi | Id keinginan (keghairahan) mendapatkan sesuatu kedudukan (pangkat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemubalighan | perihal mubaligh: barang-kali disebabkan oleh keghairahan tugas ~ paderi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fetisy | (fétisy) (Psi) 1. objek yg sangat merangsang keinginan atau keghairahan nafsu syahwat seseorang; 2. sesuatu, mis gambar seseorang yg dipuja, dan barang tertentu, yg boleh menimbulkan kegilaan atau perasaan yg tidak rasional pd seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepesonaan | perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fetisyisme | (fétisyisme) (Psi) 1. kesukaan atau kegemaran yg sangat kuat terhadap sesuatu objek atau aktiviti yg dapat merangsang keghairahan nafsu syahwat; 2. pemujaan sesuatu objek spt kasut, baju dan rambut, yg melambangkan seseorang yg dikasihi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demam | 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |