Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keghairahan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ghairah1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
keghairahan1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
fetisy(fétisy) (Psi) 1. objek yg sangat merangsang keinginan atau keghairahan nafsu syahwat seseorang; 2. sesuatu, mis gambar seseorang yg dipuja, dan barang tertentu, yg boleh menimbulkan kegilaan atau perasaan yg tidak rasional pd seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
fetisyisme(fétisyisme) (Psi) 1. kesukaan atau kegemaran yg sangat kuat terhadap sesuatu objek atau aktiviti yg dapat merangsang keghairahan nafsu syahwat; 2. pemujaan sesuatu objek spt kasut, baju dan rambut, yg melambangkan seseorang yg dikasihi.Kamus Dewan Edisi Keempat
demam1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg di­sebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (me­nyebabkan badan terasa sejuk dan meng­gigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg di­sebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-ku­ningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya de­mam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menye­babkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadi­kan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mubaligh1. pengembang ajaran agama (Is­lam dll): komuniti Cina sbg ~ Islam di Pulau Jawa; 2. pengantara dlm sembahyang (antara imam dgn makmum); kemubalighan perihal mubaligh: barang-kali disebabkan oleh keghairahan tugas ~ paderi itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berahi1. kasih (cinta) yg amat sangat: makin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya; 2. rasa suka akan seseorang (dgn bernafsu), ghairah: drpd matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu; 3. sangat suka: ~ berceloteh dan berleter; ~ mendengar bunyi-bunyian; memberahikan 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~;keberahian perihal berahi, keghairahan;pemberahi orang yg mudah berahi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pesona1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusah­kan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas