kegoyangan | perihal goyang, kegoncangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goyang | I 1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi; bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut; menggoyang = menggoyangkan; menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb); tergoyang terayun, tergoncang; goyangan goncangan, ayunan; kegoyangan perihal goyang, kegoncangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |