kehabisan | 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehabisan | mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, perbincangan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehabisan | telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun. Keretanya ~ minyak di tengah jalan. | Kamus Pelajar |
telah kehabisan ikhtiar | tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putus suap | kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesuntukan | perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengagut-agut | Mn kehabisan nafas (spt ikan yg hampir mati), mengap-ngap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agut | mengagut-agut Mn kehabisan nafas (spt ikan yg hampir mati), mengap-ngap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimpuh | tidak ada tenaga lagi, kehabisan tenaga (lelah, letih, penat); merimpuhkan menjadikan rimpuh, memenatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya | 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |