Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ham.pi.ran] | کهمڤيرن

Definisi : perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kehampiranperihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn;Kamus Dewan Edisi Keempat
kedekatanperihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ peng­gunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
hampir1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
dekat1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan per­sahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya; ~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat di­buk­tikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl ber­hubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, ber­campur: kesukaan itu selalu ~ dgn ke­dukaan; berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (be­r­­­­­­­­ada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton per­tandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah di­laporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demi­kian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu; terdekat dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ peng­gunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari; pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) men­de­kati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas