memuaskan | 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakuri | menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersosial | bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menyesuaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akur I | (ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi; mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; mengakurkan 1. mencocokkan, menyesuaikan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll); keakuran persetujuan, persesuaian, kecocokan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemahuan | kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehendak | = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehendak | = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. | Kamus Pelajar |
menurutkan | mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menurutkan | mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. | Kamus Pelajar |
songeh | (songéh) bp kehendak yg agak menyusahkan orang lain; banyak ~ banyak kehendak atau ragam yg menyusahkan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |