Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kita mengingat,
     Jangan lupa bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cerita1. pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2. karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu perkara: ~ Abu Nawas. 3. lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4. apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1. menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2. mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. penceritaan hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar
hidup1. bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2. tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3. berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4. masih bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5. mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1. benar-benar hidup: Kalau tidak melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2. dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api dll): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1. segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan dsb) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2. = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu dll) yg diternakkan; binatang yg dipelihara. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~ saya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin dsb yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain.Kamus Pelajar

Kembali ke atas