kehilangan muka | mendapat malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehilangan | 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kematian: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kehilangan nama | mendapat nama yg buruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehilangan muka | mendapat malu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehilangan | 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehilangan | 1. hal hilangnya sesuatu. 2. kematian: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3. menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. | Kamus Pelajar |
anestesia | (anéstésia) (Ubat) kehilangan rasa pd tubuh (sebahagian atau seluruh) apabila dikenakan ubat bius; ~ am keadaan tidak sedar dan tidak berasa sakit pd keseluruhan tubuh akibat ubat bius; ~ setempat kehilangan rasa sakit pd bahagian tubuh tertentu akibat ubat bius. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikat II | sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau; pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingung | 1. kehilangan akal, tidak tahu apa yg hendak dibuat, gugup: dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; 2. bodoh, dungu, tolol; ~ alang (orang yg) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dgn betul; yg ~ makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur; ~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang; membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; kebingungan 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; pembingungan 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam (kehilangan) punca | tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |