keinderaan | tempat segala dewa kayangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keinderaan | inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keinderaan | tempat segala dewa kayangan. | Kamus Pelajar |
kayangan | tempat kediaman dewa-dewa; keinderaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kayangan | tempat kediaman segala dewa, keinderaan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kayangan | tempat kediaman dewa-dewa; keinderaan. | Kamus Pelajar |
tersepuh | sudah disepuh atau disadur: maka turun dewa dr keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih spt perak yg sudah ~; spt emas yg sudah ~ prb paras yg elok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suatu | 1. hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; sesuatu perkara (hal, barang, dll) yg kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi spt orang mencari ~ yg hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; bersuatu bergabung menjadi satu, bersatu: kita berdua ini ~ perasaan, ~ peringatan, ~ tujuan; mempersuatukan menjadikan bersuatu, mempersatukan; ®satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yang II | = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indera | 1 roh yg dipercayai menguasai alam dan manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa. 2 raja yg berkuasa; yg amat mulia: mahkota ~ mahkota raja. 3 gelaran kehormatan utk orang-orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan. 4 rupa atau bentuk. menginderakan menjadikan berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan, iaitu malaikat. keinderaan tempat segala dewa kayangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |