Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.la.han] | ککالهن

Definisi : perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.la.han] | ککالهن

Definisi : keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekalahankeadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kekalahanperihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekalahankeadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ merekaKamus Pelajar
tewas(téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketewasan1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketundukanperihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kealahanperihal alah, kekalahan, ketewasan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketumpasan1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketewasan1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tebus; menebus5 membela sesuatu kekalahan atau kegagalan; menutup malu: Dgn kemenangan itu, dia telah berjaya ~ kekalahannya tempoh hari.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas