kekonkritan | perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konkrit | 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihatkan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |