kekurangan | 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekurangan sifat | cacat pd badan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekurangan | 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tombok | Jk 1. terpaksa menambah wang (kerana kekurangan dll); 2. wang yg ditambahkan (kerana kekurangan dll); 3. wang upah kpd penari perempuan (tandak) ketika menge-beng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senteng /sénténg/ | 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. | Kamus Pelajar |
fakir | 1 orang yg sengaja menderita kekurangan utk mencapai kesempurnaan batin: Baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana. 2 orang yg serba kekurangan: Dia selalu bersedekah kpd ~ miskin. 3 aku yg miskin: Apa hajat datang ke rumah ~ ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacat | 1 sifat kurang baik atau kekurangan yg terdapat pd sesuatu; cela: Cuba periksa almari itu baik-baik, barangkali ada ~nya. 2 = bercacat mempunyai kekurangan pd anggota tubuh dll; tidak atau kurang sempurna: Tidak ada suatu pun yg tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fakir | 1. orang yg sengaja menderita kekurangan utk mencapai kesempurnaan batin: Baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana. 2. orang yg serba kekurangan: Dia selalu bersedekah kpd ~ miskin. 3. aku yg miskin: Apa hajat datang ke rumah ~ ini? | Kamus Pelajar |
senteng | /sénténg/ 1 tidak cukup panjangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rencat | ; merencatkan menyebabkan terhalang atau tertahan (bkn pertumbuhan, pekerjaan dll); membantutkan: Kekurangan zat makanan ~ pertumbuhan pokok. terencat terhalang atau tertahan (bkn pertumbuhan, pekerjaan dll); terbantut: Pertumbuhan pokok itu ~ kerana kekurangan air. keterencatan keadaan terencat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |