akhlak | 1 kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2 kelakuan; tabiat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manja | 1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perangai | 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canda I | 1. kelakuan; 2. Jk gurauan, kelakar; 3. Mn rupa: pernahkah aku melakukan yg buruk rupanya dan salah ~nya? bercanda 1. berkelakuan, bertingkah; 2. Jk bergurau, berkelakar: dia turut ~ dan bergurau hanya sekadar perlu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhlak | 1. kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2. kelakuan; tabiat. | Kamus Pelajar |
perangai | 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perangai | 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpat diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. | Kamus Pelajar |
kelakuan | 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehaiwanan | 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka berbunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbadi | 1. mempunyai kelakuan yg serupa dgn, menyerupai: budak itu ~ seekor kera; 2. suka berlumba-lumba: tanamkan semangat ~ di jiwa kita utk kemajuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |