Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : 1. sj kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yg dipasang menyelubungi tempat tidur (utk mencegah nyamuk); ~ punjut kelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja; 2. kain, plastik dll yg menutupi sesuatu: ~ kereta; ~ Kaabah; berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~; mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : ; angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, Scorparia dulcis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : kain kasa yg digantung menyelubungi tempat tidur utk mencegah nyamuk. berkelambu menggunakan kelambu: tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelambu

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tirai kelambukelambu tempat tidur;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu punjutkelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu I1. sj kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yg dipasang menyelubungi tempat tidur (utk mencegah nyamuk); ~ punjut kelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja; 2. kain, plastik dll yg menutupi sesuatu: ~ kereta; ~ Kaabah; berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~; mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar).Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu III; pokok ~ sj tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, Scorparia dulcis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu sebelahangin yg bertiup ke arah laut;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu menunggalangin yg bertiup ke utara;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu II; angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambukain kasa yg digantung menyelubungi tempat tidur utk mencegah nyamuk. berkelambu menggunakan kelambu: tidur ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelambukain kasa yg digantung menyelubungi tempat tidur utk mencegah nyamuk. berkelambu menggunakan kelambu: tidur ~.Kamus Pelajar
melabuhkan1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan);Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas