lazat I | 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di majlis itu; 2. seronok; berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka bersetubuh; melazatkan menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan, mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng itu; kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; pelazat bahan yg melazatkan makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelazatan | 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyingkirkan | 1. menjauhkan (menghindarkan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan mengedari ayam betina); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nikmat | 1 pemberian drpd Allah; kurnia atau anugerah Allah: Tidak banyak makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan. 2 sesuatu yg lazat, enak, sedap dsb: ~ yg begini sukar dicari. menikmati mengecap (merasai, mengalami) nikmat. kenikmatan keadaan atau hal nikmat; keenakan; kelazatan: ~ di syurga tidak ada bandingannya. | Kamus Pelajar |
nikmat | 1 pemberian drpd Allah; kurnia atau anugerah Allah: Tidak banyak makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan. 2 sesuatu yg lazat, enak, sedap dsb: ~ yg begini sukar dicari. menikmati mengecap (merasai, mengalami) nikmat: Mereka ~ kehidupan yg sangat bahagia. Ketika kami sampai, mereka sedang ~ makan tengah hari. kenikmatan keadaan atau hal nikmat; keenakan; kelazatan: ~ di syurga tidak ada bandingannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedap | 1 enak rasanya; lazat: Kuih ini sungguh ~. 2 dpt memberi kepuasan kpd perasaan; nyaman; seronok: Saya berasa tidak ~ badan hari ini. menyedapkan membuat menjadi sedap atau menjadikan berasa sedap; meng-enakkan; menyamankan: Utk ~ masakan tuan, bubuhlah serbuk perasa sedikit. mempersedap menjadikan lebih sedap. kesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata ~ hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nikmat | Ar 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg memungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enak | /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedap I | 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah ditimbangkan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, menyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) makanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enak | /énak/ 1. sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2. senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1. menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2. berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. | Kamus Pelajar |