kelibat III | rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan: usahkan dia, ~nya pun tak nampak; ia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu; sekelibat = ~ mata seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang: di dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam; terkelibat terbayang seketika atau sepintas lalu; kelebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekelebatan | selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu; ®kelibat III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekelebat | selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu; ®kelibat III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekelebat mata | selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu; ®kelibat III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelebat | (kelébat); sekelebat = ~ mata = sekelebatan selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu; ®kelibat III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |