kelicikan | keadaan atau sifat licik; kepintaran mengakali atau menipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelicikan | kepintaran menipu, keculasan (hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecerdikan | 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
licik | 1 licin spt jalan berlumpur (terutama selepas hujan). 2 ki pandai mengakali atau menipu; curang. kelicikan keadaan atau sifat licik; kepintaran mengakali atau menipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
licik | 1. licin (bkn jalan yg berlumpur dll); 2. pandai menipu atau memperdaya orang lain, culas, curang: dia menuduh Agnes seorang oportunis yg ~ yg menggunakan orang lain utk kepentingannya; 3. Jw mudah kalah, penakut; kelicikan kepintaran menipu, keculasan (hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
politik | 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerdik | 1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |