keluh-kesah sayu | keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluh-kesah | keluh. berkeluh-kesah melahirkan perasaan sedih, gelisah dll kerana menderita kesusahan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluh-kesah | keluh. | Kamus Pelajar |
keluh-kesah | ternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintihan | 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintih I | = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluh-kesah | 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), gelisah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeritan | 1 panggilan yg kuat (kerana kesakitan, ketakutan dll); teriakan; pekikan: Kedengaran ~ perempuan dr bilik yg gelap itu. 2 keluh-kesah yg terlalu (kerana menderita sakit, miskin dll): ~ rakyat jelata menuntut kemerdekaan makin menghebat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
randa I | perempuan yg tidak ada suami lagi, janda: lebih baik ~ spt ini, bebas sbg burung di udara; ingatlah keluh-kesah ~-~ miskin yg menangis dgn sedih di atas kuburan suaminya; ~ tua perempuan atau lelaki yg sudah tua tetapi masih belum berkahwin; meranda hidup sbg randa (janda), menjanda: sebab memikirkan nasib anaknya maka ibu Hanafi tetap ~; ~ tua (gadis yg) hingga tua tidak mahu berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeritan | 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu utk kebebasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |