Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.man.ja.an] | کمنجاءن

Definisi : perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.man.ja.an] | کمنجاءن

Definisi : keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemanjaankeadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemanjaanperihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tergodadigoda: banyak laki-laki yg telah ~ oleh kemanjaan gadis itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemesraanperihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
haus akan (kpd)sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapa­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
haus I1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapa­nya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadi­kan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
goda; menggoda, menggodai 1. mengajak (meminta, menyuruh) supaya berbuat sesuatu (kejahatan dll): hendak digodanya gadis itu dgn apa jalan sekalipun; 2. mengganggu, mengacau, mengharu: bermacam-macam fikiran siasah telah timbul utk ~ ketenteraman masyarakat dunia; tergoda digoda: banyak laki-laki yg telah ~ oleh kemanjaan gadis itu; godaan 1. perihal menggoda; 2. sesuatu (perkataan dll) utk menggoda; penggoda orang dll yg menggoda.Kamus Dewan Edisi Keempat
manja1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manja I1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mesra1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas