kemanusiaan | hal-hal yg berkaitan dgn manusia: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemanusiaan | perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantuan kemanusiaan | bantuan yg cepat utk mengatasi kesukaran atau utk meringankan penderitaan kerana ditimpa bencana dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keinsanan | kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasut | Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
humanistik | bersifat kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manusiawi | bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insani | Ar (yg) mengenai manusia, kemanusiaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insaniah | Ar berkaitan dgn manusia, bersifat kemanusiaan: faktor ~ atau akhlak harus dikaitkan dlm falsafah pendidikan; sesebuah karya tidak terhasil dlm kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses interaksi alamiah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manusia | makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |